TOKOH MOTIVASI : USTAZAH ISFADIAH, PENDAKWAH DAN MOTIVATOR WANITA

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki . Nama yang tidak asing dalam bidang motivasi. Seorang ikon pendakwah wanita serta motivator bertauliah. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dalam kursus Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran Sarjana dalam bidang psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1998. Jadi tidak hairanlah jika kita boleh katakan bahawa beliau merupakan seorang tokoh motivasi dan juga seorang pendakwah yang bukan sembarangan. Beliau merupakan seorang bekas guru di sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Agama Tinggi Hisamudin, Klang, bekas pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah berkhidmat dari tahun 2000 hingga tahun 2014 di Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS) Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya Selangor. Ustazah Isfadiah amat disenangi oleh masyarakat kerana kepakarannya menguruskan isu kekeluargaan, wanita, belia sert...