IKAN TERUBUK BAKAU CICAH AIR ASAM MENGGAMIT SELERA

Mengintai dari tajuk entri hamba ini pasti akan anda akan membayangkan juadah tersebut dihidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Masya-Allah kecur air liur. Ikan terubuk bakar dihidang pula bersama pasangan wajibnya iaitu air asam. Juadah ini sangat menyelerakan bagi hamba. Pulangnya hamba ke rumah langsung dihidangkan dengan juadah kegemaran ini menjadikan hamba sebak. Sungguh naluri ibu dan anak tidak dapat dipisahkan. Sebelum ini hamba pernah bertanya kepada bonda hamba, apakah makanan kesukaan hamba ? Bonda terdiam dan mengulit semula kenangan sewaktu hamba kecil. Katanya dahulu, sewaktu kecil, hamba sangat suka makan ikan terubuk. Tangan comel hamba ligat mencubit ikan tersebut memisahkan tulang yang berselirat keluar daripada isi. Kemudian terus menyuapkan ke mulut. Bonda bercerita sambil tersenyum mengingati peristiwa tersebut. Sungguh hamba tidak ingat kerana hamba masih kecil. Jadi sewaktu pulang bonda menghidangkan juadah tersebut dan barulah hamba ...