24 JAM DI BUMI DARUL NAIM

23,24 Disember 2022 Rezeki untuk menjejakkan kaki di bumi Darul Naim. Hamba telah diberi peluang untuk ke Kelantan bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Melalui badan beruniform KorSispa UPM, hamba bersama 39 lagi kadet telah pergi ke Bachok, Kelantan untuk memberi bantuan dari segi tenaga untuk membersihkan sebuah sekolah yang terjejas akibat banjir yang melanda. Perjalanan yang memakan masa anggaran 4 ke 5 jam itu agak baru bagi hamba kerana ia merupakan pengalaman pertama menaiki bas dalam tempoh masa yang lama. Sesampainya di kawasan tersebut, kami menaiki bas kecil untuk ke sekolah tersebut berikutan laluan yang sempit dan terhad kepada kenderaan kecil. Setelah itu kami diberi sarapan sebelum memulakan tugas. Kami ditugaskan untuk membersihkan kawasan Prasekolah SK Bakong, Bachok, Kelantan. Beberapa kumpulan telah dipecahkan untuk memudahkan lagi urusan pembersihan. Sekumpulan membersihkan kawasan luar manakala selebihnya di dalam. Banyak buku-buku dan peralatan mengajar...