DRAMA MELUR UNTUK FIRDAUS, MERUNTUHKAN AKHLAK BELIA MASAKINI
"Abang nak Melur tak malam ni?"
Sepotong ayat yang hamba pasti akan memaparkan kerutan halus di dahi anda semua. Benar, skrip ini ada dimasukkan di dalam sebuah Drama Melayu tempatan yang drama tersebut mendapat sambutan hangat termasuk di negara seberang dan rata-rata mengatakan drama itu sangat 'manis' untuk ditonton.
Namun perasan atau tidak, drama tersebut memaparkan unsur lucah yang halus atau dalam istilah bahasa inggeris 'softporn'. Terdapat beberapa adegan yang sangat mencolok mata apabila ditonton terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja yang baru meningkat usia. Ini akan menggalakkan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kerana mereka tidak dapat membezakan perkara yang betul atau salah serta pada usia ini, mereka akan mudah terpengaruh dengan persekitaran dan perkara yang mereka tonton.
Dalam pada itu, drama tersebut ada memasukkan unsur penyakit mental dimana watak utama iaitu Melur yang menghadapi depresi setelah kehilangan sahabat baiknya yang menjadinya murung dan stress kerana tidak dapat menerima takdir. Hal ini sewajarnya tidak perlu dipaparkan kerana ini akan menggalakkan lagi remaja untuk turut melayani perasaan tersebut dan seterusnya meningkatkan kadar peratusan masalah mental di Malaysia.
Di samping itu, drama ini didapati mengandungi unsur tidak bermoral seperti wanita yang tidak bermaruah yang sanggup menggadaikan tubuh semata kerana nafsu dan wang ringgit. Sebagai contohnya dalam drama tersebut, watak Dee yang telah melakukan perbuatan terkutuk dengan rakan lelakinya oleh kerana bengang tunangnya kahwin dengan wanita lain.
Perkara-perkara ini amatlah diharamkan dalam Islam hatta budaya Melayu sendiri juga tidak mendidik kita melakukan perbuatan seperti itu. Islam dan Melayu kedua-duanya melarang perbuatan terkutuk dan menekankan adab sopan dan tatasusila agar martabat agama dan bangsa dipandang tinggi oleh negara luar.
Industri perfileman di Malaysia sewajarnya tidak menyokong dan membanteras drama atau filem-filem berunsur sebegini untuk ditayangkan di kaca televisyen kerana ia amatlah tidak sesuai dengan adat dan tradisi negara ini. Natijahnya, kita perlu sama-sama mengekang drama-drama ini daripada dipaparkan supaya akhlak dan akidah belia masakini akan terjaga.
Wa Allahu A'lam.
Ulasan
Catat Ulasan