CUCUK SANGGUL BERDARAH: SEBUAH LAGENDA PUTERI SAADONG MENGANGKAT MARTABAT HIKAYAT MELAYU
17 Januari 2024| Makmal Kotak Hitam Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi(FBMK), UPM - Jika diamati dari segi ilustrasi, font, dan pemilihan warna bagi poster ini, kemungkinan ramai yang berpendapat bahawa pementasan teater ini bergenre seram kerana ada unsur mistik pada poster tersebut. Namun, pementasan ini tidaklah seperti yang difikirkan. Teater Cucuk Sanggul Berdarah ini hanyalah sebuah adaptasi daripada Lagenda Puteri Saadong yang merupakan puteri raja negeri Kelantan yang telah dibawa pergi ke Siam demi menyelamatkan negeri Kelantan yang telah diserang oleh Siam. Kemudian, sekembalinya Puteri Saadong ke Kelantan semula, dia mendapati bahawa suaminya Raja Abdullah telah berselingkuh dengan dayang istana iaitu Melur. Hal ini membawa kepada tragedi dimana cucuk sanggul Puteri Saadong telah tertikam di dada Raja Abdullah. Oleh kerana itulah pementasan teater ini dinamakan Cucuk Sanggul Berdarah.