TELEFILEM PAK NGAH HAJI OMAR, AGAMAWAN PEMBAKAR SEMANGAT PATRIOTISME
Pak Ngah Haji Omar Beliau adalah seorang wira kemerdekaan yang namanya tidaklah sama sebaris dengan pahlawan-pahlawan terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap, atau lain-lain. Tetapi adakah anda tahu bahawa Pak Ngah Haji Omar juga pahlawan yang terawal yang menentang penjajah terutamanya British dan komunis? Ya, beliaulah orangnya. Haji Omar Haji Salleh atau dikenali sebagai Pak Ngah Haji Omar merupakan anak kelahiran Langgar, Alor Setar Kedah. Beliau telah dihantar mengaji di Darul Ulum, Mekah dan berguru dengan ramai adiguru di sana. Sekembalinya beliau dari Mekah, beliau berusia 28 tahun dan telah mengajar di pondok pengajian yang diberi nama Raudhatul Ulum milik bapanya, Haji Salleh dan dipimpin oleh abangnya Haji Hussin. Setelah itu, beliau mendirikan sebuah madrasah yang diberi nama Madrasah Al-Najah di atas tanah milik mentuanya. Madrasah itu diberi nafas permodenan dengan tertubuhnya perpustakaan serta kemudahan riadah. Di samping itu, beliau juga menjad...
Ulasan
Catat Ulasan