Catatan

CUCUK SANGGUL BERDARAH: SEBUAH LAGENDA PUTERI SAADONG MENGANGKAT MARTABAT HIKAYAT MELAYU

Imej
  17 Januari 2024| Makmal Kotak Hitam Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi(FBMK), UPM -  Jika diamati dari segi ilustrasi, font, dan pemilihan warna bagi poster ini, kemungkinan ramai yang berpendapat bahawa pementasan teater ini bergenre seram kerana ada unsur mistik pada poster tersebut.  Namun, pementasan ini tidaklah seperti yang difikirkan. Teater Cucuk Sanggul Berdarah ini hanyalah sebuah adaptasi daripada Lagenda Puteri Saadong yang merupakan puteri raja negeri Kelantan yang telah dibawa pergi ke Siam demi menyelamatkan negeri Kelantan yang telah diserang oleh Siam. Kemudian, sekembalinya Puteri Saadong ke Kelantan semula, dia mendapati bahawa suaminya Raja Abdullah telah berselingkuh dengan dayang istana iaitu Melur. Hal ini membawa kepada tragedi dimana cucuk sanggul Puteri Saadong telah tertikam di dada Raja Abdullah. Oleh kerana itulah pementasan teater ini dinamakan Cucuk Sanggul Berdarah. 

CERPEN-CERPEN KINI WAJAR MENGANGKAT MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT MAJMUK

Imej
  16 Januari 2024 | Anjung DBP - Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kertas kerja kursus Sastera Kanak-Kanak dan Remajaku telah ditolak oleh pensyarahku oleh kerana bahan kajianku telah ketinggalan zaman. Tajuk kajian yang aku lakukan adalah 'Gejala Sosial' kerana aku lihat remaja zaman kini semakin liar dengan gejala-gejala sosial. Isu ini hendak aku ketengahkan dalam kajian tetapi bahanku mungkin tidak padan dengan masakini. Oleh itu, aku bersama tiga lagi rakan kuliah telah bersama-sama ke DBP untuk mencari bahan baru untuk dijadikan kajian kami.       Pagi itu kami sampai kira-kira jam 11 ke Anjung DBP. Masuk sahaja pintu kaca itu, LENGANG, KOSONG. Kedai buku itu cuma dipenuhi buku-buku pelbagai genre. Aku merapati rak buku yang tertera tulisan 'REMAJA'. Itulah destinasi yang ku tuju. Hampir dua puluh minit aku membelek-belek novel dan cerpen remaja disitu. Kulihat tahun terbit dan sinopsis di belakang buku-buku itu. Niatnya ingin mencari isu...

PENGARANG SASTERA: DUNIA KREATIF NURIMAS SN

Imej
     Nurimas SN. Dari nama penanya, mungkin kita fikirkan pengarang ini merupakan seorang wanita. Namun jangkaan tersebut meleset. Selain Nurimas SN, beliau juga mempunyai beberapa lagi nama pena seperti Lara Pesona dan S.Amir On. Ya, nama sebenar beliau ialah Haji Samiron bin Rahmat yang berasal dari Pontian, Johor. Beliau pernah menjadi wartawan di Sinar Harian, seorang kaunselor berdaftar, pengarang kreatif dan banyak mengendalikan kursus, bengkel dan kem motivasi pelajar.       Beliau merupakan seorang pengarang kreatif yang sangat prolifik. Banyak karyanya telah tersiar di pelbagai majalah antaranya di Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Berita Harian, Utusan Malaysia, Mingguan Wanita, Akhbar Amanah, Sinar Harian dan beberapa lagi media tidak kira media massa mahupun media cetak. Nurimas SN telah menceburi pelbagai genre merangkumi cerpen, novel, puisi, skrip drama radio dan rencana. Nama Nurimas SN ini memang tidak asing lagi dalam dunia pe...

MAKANAN TRADISI PERAK: GULAI MASAM IKAN TERMENUNG

Imej
  Istimewa negara kita iaitu Malaysia ini ialah negara yang kaya dengan pelbagai jenis masakan dan juadah mengikut negeri. Dari juadah sarapan pagi, kepada menu makan tengahari, minum petang, makan malam sehingga minum malam. Sungguh bertuah aku dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh yang dapat ku paparkan adalah ibuku yang lahir di Perak dan menetap di Selangor. Walaupun telah lama tinggal di sini tetapi jiwa dan dialek Peraknya langsung tidak dikikisnya dari kehidupan seharian. Begitu juga dari segi menu yang dimasak dan diajarkan kepadaku. Satu menu yang aku rasa cukup ringkas tetapi sangat kena dengan tekakku. Juadah tersebut merupakan gulai masam ikan kembung. Gulai masam juga mempunyai beberapa nama lain yang dipanggil mengikut negeri seperti di Selangor, juadah ini dipanggil asam rebus, jika di Kelantan, juadah ini dipanggil singgang.  Menu yang satu ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Bahan bahannya juga tidak rumit seperti menu lain. Hanya memerlu...

JIHAD SASTERA: SELANGKAH KE DUNIA SASTERA

Imej
 

IKAN TERUBUK BAKAU CICAH AIR ASAM MENGGAMIT SELERA

Imej
  Mengintai dari tajuk entri hamba ini pasti akan anda akan membayangkan juadah tersebut dihidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Masya-Allah kecur air liur.  Ikan terubuk bakar dihidang pula bersama pasangan wajibnya iaitu air asam. Juadah ini sangat menyelerakan bagi hamba. Pulangnya hamba ke rumah langsung dihidangkan dengan juadah kegemaran ini menjadikan hamba sebak. Sungguh naluri ibu dan anak tidak dapat dipisahkan.  Sebelum ini hamba pernah bertanya kepada bonda hamba, apakah makanan kesukaan hamba ? Bonda terdiam dan mengulit semula kenangan sewaktu hamba kecil. Katanya dahulu, sewaktu kecil, hamba sangat suka makan ikan terubuk. Tangan comel hamba ligat mencubit ikan tersebut memisahkan tulang yang berselirat keluar daripada isi. Kemudian terus menyuapkan ke mulut. Bonda bercerita sambil tersenyum mengingati peristiwa tersebut.  Sungguh hamba tidak ingat kerana hamba masih kecil. Jadi sewaktu pulang bonda menghidangkan juadah tersebut dan barulah hamba ...

BEGAWAN ; ADAKAH IA REALITI ATAU REKAAN ?

Imej
Januari 1, 2023. Malaysia dikejutkan dengan satu berita tergempar yang menjadikan masyarakat garu kepala dengan kes tersebut.  Satu kes yang didapati terjadi di Melaka dimana seekor tapir betina tersesat masuk ke sebuah hotel dan berada di tingkat lima hotel tersebut. Masya-Allah.  Pasti kita tertanya-tanya bagaimanakah haiwan seperti tapir atau nama saintifiknya Tapirus Indicus ini boleh masuk ke hotel yang berada di tengah-tengah hiruk pikuk kota? Ada yang mengatakan bahawa tapir itu telah lari daripada zoo dan terus ke kota dan beberapa spekulasi-spekulasi lain.  Namun setelah hamba membaca berita tersebut, ingatan hamba kembali semula kepada satu cerita dalam sebuah novel karya Sasterawan Negara Arena Wati atau nama sebenarnya Muhamad Dahlan Abdul Biang yang bertajuk 'BEGAWAN'. Dalam novel ini menceritakan seorang watak iaitu Salabu yang membela seekor monyet dan kemudiannya monyet itu mengawan dengan seekor monyet betina kemudian membiak kepada cucu cicit piut hingga...